Kerjaya

PELUANG PEKERJAAN

Kerjaya ejen hartanah ini adalah kerjaya yang sangat menarik dan mencabar. Dan ianya menjanjikan pulangan lumayan kepada mereka yang rajin berusaha dan tidak menyerah kalah. Ramai yang dah berjaya dalam bidang ini.

Ada yang bermula sebagai mat despatch sahaja, kemudiannya kini menjadi perunding hartanah luar biasa yang menjual rumah dan bangunan bernilai jutaan ringgit!!

Ada juga bekas engineer berpangkat besar yang kini menguruskan team perunding hartanah dan menjual ratusan unit projek perumahan pemaju.

Mungkin selepas ini, andalah pula orangnya!!

Mari tengok, bagaimana kerjaya ini boleh membantu anda mencapai matlamat anda.

Adakah Anda Orang Seperti Ini?

Ya, mungkin sekarang anda mempunyai pekerjaan dengan gaji yang tak mencukupi, atau anda terlalu sibuk dengan kerja ataupun suasana tempat kerja yang amat toksik dan menyesakkan, apa salah nya untuk anda cuba kerjaya baru?

Apa Yang Bagus Menjadi Ejen Hartanah ni?

Lihat bagaimana kerjaya ini boleh membantu anda.

Pulangan yang amat lumayan

Perunding hartanah berkerja untuk komisyen jualan. Mengikut standar LPPEH, perunding hartanah mendapat komisyen 3% dari harga jualan. Bayangkan berapa anda dapat untuk sebuah rumah berharga RM 500,000?

Berpeluang kenal dengan ramai orang

Menjadi perunding hartanah, anda boleh berpeluang berjumpa ramai orang. Mana tahu di sini ada peluang pelaburan dan lain-lain terbuka luas. Atau sekurangnya anda dapat pengalaman mereka.

Anda kawal masa anda!

Kami tak kata anda tak akan sibuk. Ini adalah kerjaya sendiri. Anda kena produktif, tetapi anda boleh kawal masa anda. Tak perlu lagi keluar sebelum matahari terbit dan balik selepas matahari terbenam setiap hari. Anda kawal masa anda. Anda boleh urus keluarga dengan lebih baik.

Peluang pelaburan yang terbentang

Anda dahulu disajikan peluang pelaburan hartanah dengan harga yang rendah. Ini peluang anda untuk menjadi pelabur dan ubah hidup anda.

Panduan oleh mereka berpengalaman

Dalam pasukan kami, anda akan di pandu oleh mereka yang berpengalaman bertahun-tahun dalam industri. Isunya, adakah anda mahu ikut atau tidak?

Potensi kerjaya yang bagus

Dengan pengalaman, anda boleh menjadi pengurus pasukan anda sendiri atau menjadi Prinsipal Ejensi anda sendiri.

Mahu menjadi sebahagian dari Team Saya?

Jika benar berminat, sila isi borang ini. Saya akan hubungi anda kembali.

Contoh: Meru